Semasa & Hiburan
Anak Amar, Amyra Pun Terjebak Dengan Filter IG
Alololo…comel sungguh dia!
Instagram Story memang diminati banyak penggunanya.
Tambah pula ia mempunyai berbagai macam filter menarik sekaligus membuatkan mata kita asyik nak melekat sahaja di telefon bimbit sehari suntuk.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan menggunakan filter tersebut untuk menghiburkan anak kecil mereka.
Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Aqeef Anaqi juga terjebak dengan salah satu filter di IG sampaikan gelagat comelnya itu mendapat perhatian ramai.
Biarpun baru berusia dua tahun tetapi sudah bijak berinteraksi dengan filter di media sosial. Comel sangat kan!
Ini pula pelbagai reaksi yang ditinggalkan peminat di ruangan komen.