Semasa & Hiburan
Amy Titip Ucapan Takziah Pemergian Yazit
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Amin…
Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman, 61, atau lebih dikenali sebagai Amy Search menyampaikan salam takziah di atas pemergian bekas pemain dram band itu, Yazit Ahmad, 57, pada 11.53 pagi Khamis.
Amy menerusi laman Instagram turut memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian Allahyarham Yazit atas tuntutan kerja.
Bekas pemain dram kumpulan Search itu menghembuskan nafas terakhir selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi.
Terdahulu, arwah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan selain berdepan penyakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu, sebelum diserang beberapa masalah lain hingga kerap keluar masuk hospital.