Connect with us
Salam Aidilfitri

Berita

Amaran Hujan Lebat Hingga 17 Disember

Negeri Sembilan dan Melaka terima notis waspada

Published

on

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa 17 Disember.

Kawasan yang terbabit di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal sehingga tempoh sama.

Notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan serta seluruh Melaka.

Sementara itu, menerusi kemaskini di Twitter @malaysianmet awal pagi 16 Disember, Jabatan Metereologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement