Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Amalkan Doa Ini Di 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan

Semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah SWT.

Published

on

Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa:

10 hari pertama adalah fasa rahmat

10 hari kedua sebagai fasa keampunan

10 hari terakhir adalah fasa kemerdekaan (terlepas) dari api neraka.

Ustaz Haryanto Rizal Rokman menerusi segmen Kool Talk: Madrasah Ramadan bersama penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz berkata, walaupun kita kini berada di fasa ketiga bulan Ramadan, seseorang yang mahu bertaubat akan tetap mendapat rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosanya dan insyaAllah diberi kebebasan daripada seksaan api neraka.

“Keampunan Allah itu luas. Allah akan beri kepada hambanya yang mahu bertaubat dan bebaskan dari api neraka kepada hambanya yang berdoa.

“Sesiapa yang Allah bebaskan dari api neraka, maka kehidupannya akan penuh kebaikan,”

Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi.

Di 10 malam terakhir bulan Ramadan, Ustaz Haryanto juga menasihati umat Islam agar memperbanyakkan istighfar, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa kepada-Nya.

Hentikan pelbagai kesibukan, kosongkan fikiran dan mengasingkan diri demi bermunajat kepada Tuhan.

Dengarkan perbualan penuh bersama Ustaz Haryanto di bawah:

Bagi golongan wanita yang uzur, ini antara amalan lain yang boleh dilakukan untuk mencari Lailatul Qadar.

1. Banyakkan berdoa

2. Mendengar ayat suci al-Quran tanpa melafazkannya

3. Membaca terjemahan al-Quran (Kitab tafsir / melalui telefon pintar)

4. Berzikir

Sementara itu, Ustaz Haryanto juga sempat berkongsi doa Lailatul Qadar untuk diamalkan ketika 10 malam terakhir di bulan Ramadan.

“Allah suka dengan orang yang memohon ampun dan memberi keampunan kepada orang lain,” ujar beliau.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement