Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Alya Iman buka mulut

Published

on


TIba-tiba nama gadis ini menjadi perhatian warganet di seluruh negara. Didakwa menjadi perosak rumah tangga seorang ahli perniagaan, sehingga ke saat ini namanya masih menerima kecaman pelbagai pihak.

Tidak cukup dengan dakwaan jadi orang ketiga, ketika ini dia juga dituduh sebagai seorang ‘pisau cukur’ yang mensasarkan golongan lelaki kaya sebagai mangsa.

Cuba untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Alya Iman pada mulanya tidak memberi maklum balas terhadap semua tuduhan tersebut. Namun melihat keadaan semakin parah, dia tampil menjelaskan keadaan sebenar untuk mengelakkan lebih banyak fitnah.

Ketika menerima pelbagai kecaman dan provokasi di laman sosial ketika ini, Alya juga tidak mahu melenting. Cukup matang, jelasnya penting buat masa ini dia menerima segalanya dengan hati terbuka.

“Berkaitan dengan jejaka bekas tunang Alya. Alya mula mengenali dia melalui hubungan kerja pada Mac 2019, kerana Alya bekerja sebagai ejen produk kesihatan untuk menguruskan badan.

“Ketika itu, Alya berada dalam keadaan sukar kerana baharu putus cinta. Pada Jun 2019, kami memulakan hubungan yang lebih serius,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Maklum akan status bekas tunangnya sebagai suami orang, kata Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19, pada mulanya dia difahamkan kehadirannya diterima baik isteri bekas tunangnya.

“Dia mengatakan bahawasanya isteri dia tahu akan kehadiran Alya dan menerima seadanya.

“Alya hanya mengetahui hal sebenar (kewujudan Alya tidak diketahui isteri bekas tunang) Mac lalu ketika isteri dia menelefon dirinya ketika dia bersama Alya. Dia menipu dengan mengatakan sedang bermesyuarat dengan orang lain,” jelasnya.

Kata Alya, disebabkan tidak tahu situasi sebenar, dia menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya secara terbuka. Malah dia turut melawat bekas tunangnya itu di pejabat.

“Oleh yang demikian Alya tidak malu datang ke pejabat bekas tunang Alya mahupun keluar bersama. Dia memiliki akses kepada semua akaun media sosial Alya.

“Sepanjang hubungan ini Alya mempercayai kata-katanya dan membawanya ke majlis lamaran Alya pada 27 Februari 2020 sempena ulang tahun Alya ke-19 yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat seperti yang Alya kongsikan sebelum ini,” tulisnya.

Putus tunang

Tidak mahu terus dibelenggu rasa bersalah, kata pelakon ini, dia memilih memutuskan hubungan selain memulangkan semua hadiah yang pernah diterimanya. Malah akui Alya dia malu dengan isteri bekas tunangnya itu selepas mengetahui hal sebenar.

“Selepas perkara tersebut berlaku, Alya telah memutuskan hubungan dengan cara yang baik dan kekal berkomunikasi dengan dia (bekas tunang).

“Alya akui tidak pernah berkomunikasi dengan isteri dia kerana takut dan malu. Mesej Instagram yang ditularkan (14 Februari 2020) sebenarnya dihantar oleh bekas tunang Alya sendiri kepada isterinya menggunakan akaun Alya tanpa pengetahuan Alya,” katanya.

Menolak dakwaan kononnya dia pernah menerima RM2.3 juta seperti yang ditularkan, bagi Alya dalam tempoh itu dia mengakui kesalahannya. Namun ada fitnah yang perlu diperbetulkan.

“Alya tahu kesilapan Alya dan ingin memperbetulkan keadaan.

“Tetapi, Alya tidak pernah menerima RM2.3 juta seperti yang ditularkan ataupun sebarang wang tunai dari mana-mana pihak dan tidak mengenali pihak yang mendakwa hal tersebut,” tambahnya.

The post Alya Iman buka mulut appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement