Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Alif Satar Teringin Anak Lelaki!

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lelaki bagi kelahiran anak ketiganya yang dijangka lahir pada Oktober depan.

Published

on


Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lelaki bagi kelahiran anak ketiganya yang dijangka lahir pada Oktober depan.

“Ramai juga yang bertanya, mahu anak lelaki atau perempuan kali ini. Namun saya hanya mengharapkan anak yang bakal lahir nanti sempurna dan sihat. Bagaimanapun jauh dari sudut hati, saya mengimpikan anak lelaki.,” katanya.

Menurut Alif, isterinya, Shadila Halid mengalami alahan teruk berbanding dua anak perempuan sebelum ini.

Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana isterinya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Isteri mengalami alahan yang agak teruk berbanding dua anak sebelum ini namun semuanya berada dalam keadaan terkawal,” ujar Alif.

Dalam pada itu, Alif juga memberitahu isterinya yang kini hamil 12 minggu memerlukan jagaan rapi menyebabkan dia terpaksa menolak jemputan nyanyian di luar negara.

“Sebenarnya, saya mendapat jemputan untuk kembali ke UK pada hujung September tahun ini namun terpaksa menolak kerana ketika itu isteri sedang sarat.

“Saya perlu berada di sampingnya kerana bimbang dia bersalin awal daripada tarikh yang dijangka. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya akan datang ke sana lagi,” katanya.

Didoakan semoga segala urusan Alif dan isteri dipermudahkan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement