Semasa & Hiburan
Ali Puteh Kongsi Alamat Rumah Di IG, Ajak Netizen Bersemuka
Alamak…
Selepas satu-satu isu dan kontroversi yang masih belum reda, kali ini pelawak Ali Puteh mencetus kontroversi baharu dengan berkongsi gambar alamat rumah daripada MyKad miliknya di Instagram bagi memudahkan warganet yang tidak berpuas hati untuk bersemuka membincangkan isu yang membelenggu keluarganya sejak kematian abang, Allahyarham Abam Bocey.
Menurutnya, dia bukan mahu menunjukkan bahawa dia kuat atau hebat, sebaliknya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan membuat perbincangan. Ali juga turut menerima ribuan mesej di laman sosialnya dan rata-rata netizen, ada yang meminta maaf kepadanya disebabkan keterlanjuran berkata-kata.
“Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram. Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman.
“Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang,” katanya kepada Harian Metro.
Ali turut mengucapkan terima kasih kepada pengikut di Instagram yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya.
“Ada antara pengikut saya yang tak henti-henti menulis mesej dan memberikan kata semangat . Sedikit sebanyak, itu yang menjadi kekuatan untuk saya,” katanya.
Sumber dari Harian Metro.