Connect with us

Hiburan

Albaniah Mahu Kahwin Semula

Albaniah yang kini berusia 49 tahun mahu kembali bergelar isteri.

Published

on

Pelakon berpengalaman, Nor Albaniah mengakui sudah bersedia mencari pasangan hidup untuk melayari hari tua bersama-sama.

Bagaimanapun, ramai menyangka dia terlalu cerewet memilih calon suami sehingga tiada lelaki berani datang melamar.

“Saya sudah melalui pelbagai fasa kehidupan, termasuk kehilangan suami ketika perkahwinan kami baru berusia dua tahun.

“Saya sentiasa percaya, jodoh, maut dan rezeki adalah ketentuan-Nya, cuma berbalik sama ada cepat atau lambat,” katanya.

Albaniah yang kini berusia 49 tahun mahu bergelar isteri semula memandangkan anaknya sudah dewasa.

“Siapa tahu jodoh saya hadir pada usia 50 tahun? Dahulu, saya sibuk membesarkan anak tunggal, Syarra, tetapi apabila usianya menganjak 24 tahun, membuatkan saya terfikir untuk berumahtangga semula.

“Apabila saya sudah bersedia, jodoh pula belum tiba. Saya tidak kisah kalau ada yang mengejek, sudah tua pun masih mahu berkahwin. Terpulang pada pendapat masing-masing,” katanya lagi.

Terdahulu, suaminya yang juga pelumba kereta, Sudarman Daud meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 1996, sementara Albaniah cedera parah pada bahagian kepala.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement