Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Alamak! Betul ke minum air berlebihan akan mendatangkan bahaya?

Published

on


KITA  selalu dengar yang kita kena minum air banyak untuk mengelakkan dari dehydrate. Tapi korang tahu tak sukatan sebenar air yang sepatutnya kita minum? Korang tahu jugak tak yang sebenarnya minum air yang terlampau banyak tidak bagus seperti mana yang korang sangkakan.

Di Twitter, seorang doktor dan netizen @HausofHilton menyatakan minum air yang banyak akan membawa penyakit sawan. Dia juga berkata yang kita tak disarankan untuk minum 7 liter air sehari dan doktor memang menyarankan untuk kita minum air yang banyak tapi dengan hanya 2 ke 3 liter sahaja!

Beliau menyatakan, minum air yang berlebihan akan membawa keburukan pada badan. Di dalam thread twitter, dia ada menyatakan yang minum air berlebihan akan membawa kepada masalah hyponatremia yang boleh menyebabkan seseorang menjadi sawan!

via GIPHY

Mengikut British Dietetic Association’s Dr. Wendy Doyle, beliau hanya menyarankan seorang manusia untuk minum sekadar 1.5 hingga ke 2 liter air sehari.

“Orang dewasa hilang lebih kurang 3 liter air sehari dalam badan,tapi ianya tak bermaksud kita perlu minum 3 liter. Makanan akan sediakan sekurangnya 300-500ml air ketika penghadaman.

via GIPHY

Jadi sis sarankan pada korang, jangan minum terlampau banyak air kononnya korang fikir untuk kesihatan. Cukup lah setakat 2 liter air dan kalau korang buat kerja dekat tempat panas mungkin korang boleh minum hingga 3 liter air.

Konsep ini sama seperti makanan juga. Tak kisahlah gula ke, garam ke, kopi ke, daging ke atau apa segala jenis makanan pun, kita seharusnya mengambil dalam kadar yang sederhana. Baru lah kita punya kesihatan luaran mahupun dalaman tidak terganggu.

Semoga artikel ini dapat membantu korang untuk kekal sihat dan berwaspada dalam pengambilan makanan mahupun minuman. Jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan ya!

Sumber:Cashzine

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement