Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Al-Fatihah, Ibu Ezad Lazim Meninggal Dunia

Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…

Published

on

Ibu kepada penyanyi terkenal, Ezad Lazim memaklumkan bahawa ibunya, Rosadah Jahaya, 69 tahun telah pun meninggal dunia di kediaman mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah, jam 6.30 pagi hari ini.

Ibu Ezad Lazim meninggal dunia | Harian Metro

Mengambil perkongsian kakak kedua penyanyi itu, Rozaimah Mohd Lazim berkata, ibu mereka rebah dalam bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat Subuh.

“Emak tiada apa-apa sakit dan kalau ada pun hanya darah tinggi tapi terkawal. Seperti biasa, pagi ini dia bangun untuk solat subuh.

“Adik bongsu kami, Mohd Rizal ketika itu sedang solat dan terdengar namanya dipanggil oleh emak.

“Dia segera mendapatkan emak dan mendapati emak jatuh dan tidak sedarkan diri dalam bilik air,”

Doktor yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan ibunya sudah tiada. Jenazah ibu Ezad akan dikebumikan di tempat yang sama dengan arwah ayahnya di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar.

Rosadah meninggalkan empat anak iaitu Rozita, Rozaimah, Mohd Rohaizad dan Mohd Rizal serta 10 cucu dan seorang cicit yang bakal dilahirkan pada hujung bulan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement