Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Aku Kau Dan Muzik Lagu Duet Akim & Stacy

Sedap vokal Akim dan Stacy dalam lagu ni!

Published

on

Pasangan suami isteri yang juga penyanyi terkenal tanah air, Akim Ahmad dan Stacy Anam kini tampil dengan lagu duet berjudul Aku Kau Dan Muzik.

Terdahulu, Stacy yang popular dengan lagu Khayal giat mempromosikan karya terbaru berkenaan di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

HENTAK KE BUMI !! MENGIKUT RENTAK MELODI🎼 . #14/2 #akukaudanmuzik #akimstacy @rnr_officialpage @kimcylovers @teamsgs @gafim_mers . LAGU ; Hang Nadim,Bunga Cantik,Freddy LIRIK ; Bunga Cantik,Hang Nadim Muzik oleh @freddyhyperact & @kohkokboon

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on

Untuk pengetahuan, Aku Kau Dan Muzik adalah hasil ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik  dan Freddy.

Manakala, liriknya pula hasil nukilan Bunga Cantik bersama Hang Nadim.

Sejak dilancarkan pada 14 Februari lalu, video lirik paduan suara mantap mereka ini telah meraih lebih 357,000 tontonan serta 19,000 tanda suka di laman Youtube.

Untuk rekod, Akim, 28, telah mendirikan rumah tangga bersama Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 29, pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia dua tahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 7 tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement