Connect with us
Kool FM

Berita

Aktiviti Hiking Dibenarkan Bermula 15 Jun

Ingat, jaga keselamatan diri…

Published

on

Aktiviti sukan dan rekreasi termasuk mendaki dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.

Bagaimanapun, pendaki perlu mematuhi amalan penjarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020,” menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen.

Ahad lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020, dengan pematuhan rapi terhadap SOP ketat yang ditetapkan kerajaan.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement