Semasa & Hiburan
Aksi Bell Ngasri Cuba Jadi Ben Amir Mencuit Hati Ramai!
Ini lawak!!!
Baru-baru ini tular wajah Ben Amir yang kini popular menerusi sebuah drama bersiri disamakan dengan pelakon Lisa Surihani.
Malah, Lisa turut berseloroh dengan turut bersetuju dengan pendapat netizen yang menyatakan perkara tersebut.
Terbaharu, pelawak Bell Ngasri menerusi laman Instagram miliknya memuatnaik sekeping foto yang memaparkan dirinya meniru gaya rambut pelakon lelaki tersebut.
Ternyata foto tersebut menarik perhatian ramai rasa geli hati dan terhibur dengan gelagat pelakon serba boleh itu.