Home > #CeriteraKool > Akibat Geram, Penduduk ‘Goreng’ Ular Sawa Gergasi Yang Gigit Seorang Lelaki

Akibat Geram, Penduduk ‘Goreng’ Ular Sawa Gergasi Yang Gigit Seorang Lelaki

Seorang lelaki dilapor cedera parah di tangan sejurus digigit oleh seekor ular sawa berbisa sepanjang tujuh meter.

Mangsa Robert Nababan, 37,  cuba menangkap ular sawa itu pada Sabtu lalu di Desa Belimbing di Indragiri Hulu, wilayah Riau.

Jurucakap polis Sutarja berkata, Robert yang cedera parah dibawa ke hospital oleh penduduk dan keadaannya kini dilapor kembali stabil.

Menurutnya, ular sawa itu kemudian dibunuh penduduk sebelum digoreng untuk dimakan.

 “Menurut laporan yang diterima, ular itu sudah digoreng dan dimakan bersama-sama oleh penduduk,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila Robert melihat beberapa penduduk cuba menangkap ular sawa berkenaan di sebuah ladang kelapa sawit.

“Robert pada mulanya berjaya menangkap kepala ular itu dan cuba memasukkan haiwan berkenaan ke dalam guni.

“Namun, ular itu tiba-tiba menggigit tangan Robert menyebabkan dia cedera parah,” jelasnya.

Sumber dari: Harian Metro

Leave a Reply