Connect with us
Kool FM

Sukan

Akhirnya, Liverpool Juara! Penyokong Pula Tak Amalkan Penjarakan Sosial!

30 tahun tunggu!

Published

on

Liverpool ditabalkan juara Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City kalah kepada Chelsea 1-2 dalam satu lagi perlawanan awal pagi Jumaat 26 Jun di Stamford Bridge.

Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke 19 kelab , dengan rekod baki tujuh perlawanan selepas City di tangga kedua, jauh ketinggalan 23 mata.

Kemenangan itu sesuatu yang menakjubkan, selepas 30 tahun menanti untuk menjulang trofi itu.

Sambil mengalirkan air mata ketika bercakap kepada satu stesen televisyen menerusi video, Klopp berkata,

β€œIni satu momen yang sangat istimewa, saya sangat sangat terharu,”

 

Untuk rekod,Β  musim lepas Liverpool kecundang kepada Manchester City, dan kali ini secara kebetulan, City juga lah yang memberi kemenangan awal kepada Liverpool.

Klopp membawa masuk beberapa pemain bintang seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane, salah satu faktor terbesar kejayaan Liverpool sepanjang musim, dibantu dengan penjaga gol berkelas dunia Alisson dan Virgil van Dijk. Klopp turut mengasah pemain seperti kapten Jordan Henderson dan Trent Alexander-Arnold.

Klopp menjadi satu satunya pengurus Reds, selepas Kenny Dalglish, yang mencatat banyak kemenangan melebihi 60% pencapaian.

Untuk rekod, Dalglish pernah merangkul kejuaraan ke 16, 17 dan 18 bersama Liverpool , dan selepas 30 tahun, Reds akhirnya menemui seorang bos yang berupaya memberi gelaran ke 19 milik mereka!

Penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang mengubah segala bentuk permainan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tidak mematahkan semangat bagi peminat liga juara yang menantikan saingan untuk terus beraksi.

Kira-kira 2000 penyokong berkumpul di luar Anfield dengan sebahagian mereka menyambut kemenangan itu di atas pintu masuk pemain.

Penyokong menyalakan suar dan bunga api, memanjat pagar stadium, ada yang mengibarkan bendera yang tertera nama dan gambar pemain.

Tindakan sebahagian penyokong yang hadir dalam sambutan berpelukan antara satu sama lain mencetus kerisauan kluster baharu, tidak mengendahkan peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Khamis lalu, Datuk Bandar Steve Rotherham telah pun berpesan kepada penyokong The Kops supaya duduk di rumah bagi mengelakkan penularan wabak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement