Semasa & Hiburan
“Akhirnya Hajat Tercapai..”- Nabila Huda
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga Nabila dan keluarga bahagia selalu.
Nampaknya konflik antara pelakon, Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norish sudah reda apabila dia berkunjung ke rumah bapanya di Denai Alam, Shah Alam, pada Khamis.
Hal itu dipercayai dirancang oleh pengarah popular, Erma Fatima yang merupakan sahabat karib kepada Amy Search apabila turut menjemput Nabila dan suami datang beraya di rumah legenda Rock tersebut.
Menerusi komen yang ditinggalkan Nabila di laman Instagram Erma, dia mengucapkan terima kasih kerana mengaturkan pertemuan yang sudah lama dihajatkan.

Baru-baru ini, timbul perbalahan antara Nabila dan ibu tirinya gara-gara ucapan Hari Bapa yang dibuat Nabila kepada Amy di laman Instagram.
Norish membalas status berkenaan dengan menyatakan Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa, sekaligus menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap ibu tirinya sengaja mahu mencari punca untuk bergaduh.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga Nabila dan keluarga bahagia selalu.