Connect with us
Kool FM

Berita

Akad Nikah Dibenarkan Di Johor. Ini Syaratnya

Majlis akad nikah akan dilangsungkan dengan maksimum 20 minit.

Published

on

Bermula 17 Mei 2020, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membenarkan akad nikah berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, ia tertakhluk kepada beberapa syarat tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, hanya enam orang saja dihadkan iaitu tiga dari pihak keluarga pengantin dan tiga orang dari pihak urusetia.

Mereka yang hadir hendaklah memakai pelitup mulut, memakai sanitasi tangan, serta penjarakan sosial.

“Enam yang dibenarkan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua saksi dan juru nikah. Mereka hanya dibenarkan bernikah di Pejabat Kadi daerah saja. Tiada majlis walimatul urus dijalankan.

“Pasangan pengantin dan wali yang suhu badan melebihi 37.5 atau mempunyai gejala tidak sihat, ada kontak rapat dengan kluster aktif adalah ditangguhkan pernikahan mereka sehingga mendapat perakuan kesihatan dari pihak kesihatan.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini terdapat 872 pasangan yang telah dibenarkan bernikah, tetapi ditangguhkan. Majlis akad nikah akan dilangsungkan dengan maksimum 20 minit,” katanya.

Permohonan kebenaran berkahwin boleh diproses bagi dalam negeri dan luar negeri Johor.

Namun, jelas Tosrin, kebenaran berkahwin dengan warga negara asing ditangguhkan sehingga ketetapan lain diputuskan.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement