Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Aishah Tuntut Berlian Asli, DSV Perlu Mohon Maaf

Tindakan undang-undang akan diambil jika gagal memenuhi semua persetujuan

Published

on

Baru baru ini, kemelut antara penyanyi Aishah dan usahawan Datuk Seri Vida berkenaan dakwaan hadiah berlian palsu berakhir.

Ini selepas kes mereka diselesaikan melalui mediasi antara kedua-dua belah pihak.

Terkini, dalam satu sidang media pada Rabu 3 Julai, Aishah menuntut Datuk Vida membayar ganti rugi harga pameran atau price tag barang kemas berjumlah RM80,000.

Foto Harian Metro

Datuk Vida juga perlu membuat permohonan maaf dalam satu sidang media khas sebelum 17 Julai ini.

Pada masa sama, usahawan kosmetik itu perlu membayar kos sebanyak RM7500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum Ahad 7 Julai.

Sekiranya dia gagal memenuhi semua persetujuan tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan diambil mengikut pelaksanaan mahkamah.

Sebelum ini, kontroversi antara mereka timbul apabila penyanyi itu mendedahkan hadiah barang kemas berilai RM80,000 tajaan Datuk Seri Vida adalah palsu selepas pemeriksaan di kedai emas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement