Home > #CeriteraKool > Air Asia Beri Kejutan Buat Neelofa!

Air Asia Beri Kejutan Buat Neelofa!

Pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menerima kejutan daripada syarikat penerbangan Air Asia ketika dalam perjalanan pulang ke tanah dari Singapura pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsi menerusi Instagram Ketua Komunikasi Korporat AirAsia dengan menyatakan kejutan tersebut dibuat bersempena pencapaian Neelofa yang tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara) berlangsung Selasa lepas.

Kejutan itu dilakukan selepas Neelofa tercalon dalam Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara) yang mengangkat wanita berjaya kini dan untuk masa depan.

Lofa, anda adalah contoh terbaik bagi frasa wanita boleh melakukan apa sahaja. Kami (AirAsia) sangat bangga dengan pencapaian anda.

Dalam perkongsian gambar itu, Neelofa kelihatan terkejut dan teruja kala menerima sejambak bunga daripada kru penerbangan AK710 dari Singapura ke KLIA2 di Sepang, Selangor.

Perkongsian tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata meninggalkan mesej positif di ruangan komen entri berkenaan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply