Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Ainul Mardiah Dah Tumbuh Gigi Pertama

Lepas ni Ainul boleh lah makan sedap-sedap!

Published

on

Bayi berusia 13 bulan, Ainul Mardhiah baru sahaja tumbuh gigi pertamanya, kelmarin.

Gelagat Ainul ternyata mencuit hati ramai apabila video dimuat naik ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, di laman Instagram mendapat tontonan lebih 110,000 kali.

“Hairan juga tengok mulut dia asyik mengunyah. Apabila saya rasa gusinya terasa tajam pada gusi bawah dan nampak putih. Gusi atasnya juga kelihatan sedikit bengkak, mungkin gigi atas pun akan menyusul juga,” kata Nurul.

Nurul turut berkongsi perkembangan terkini Ainul yang menunjukkan peningkatan dan semakin sihat.

“Alhamdulillah, Ainul kini kembali sihat, sudah pandai menonton televisyen dan paling suka melihat iklan.

“Dia juga minta selalu untuk dipegang supaya dapat duduk,” ujarnya lagi.

Ainul Mardhiah disahkan menghidap kanser Germ Cell Tumor berlepas ke London pada 25 Mei lalu, untuk rawatan sebelum kembali ke tanah air pada 28 Julai lalu.

Bayi comel ini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur sebelum dibenar pulang ke rumah pada 7 September.

Sumber: Harian Metro 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement