Berita
“Ainul Bambam” -Dr.Amalina Luah Rasa Rindu Terhadap Bayi Yang Dirawat
Comelnya Ainul!
Tanda pagar “Saya rindukan awak, Ainul” demikian luahan pakar bedah pelatih warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri menerusi ciapan terbaharunya di laman Twitter miliknya.
Perkara tersebut dimuat naik Amalina tersebut selepas berita baik mengenai bayi berkenaan yang kini sudah mempunyai gigi tersebar di laman berkenaan.
Ainul bambam 🥰🥰🥰 #IMissYou https://t.co/PrCoYIGScm
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 24, 2019
Menerusi bebenang ciapan berkenaan, Amalina turut menyambung dengan mengatakan “Teruskan membesar, Ainul”
Keep growing, baby 😘
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 24, 2019
Terdahulu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, menjalani rawatan membuang ketumbuhan di mulutnya seberat 200gram di London hasil usaha Dr. Nur Amalina dan rakan sejawatnya.
Dr. Nur Amalina adalah individu yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London oleh sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial sebuah hospital di London, Prof. David Dunaway.
Kami di Kool FM turut bergembira atas berita positif yang diterima dan mendoakan semoga Ainul terus membesar dengan sihat..