Connect with us
Kool FM

Berita

Ahmad Maslan gagal batal pertuduhan gubah wang haram

Published

on


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini gagal dalam usahanya membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan memberi penyataan palsu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azman Ahmad memutuskan demikian atas alasan permohonan dikemukakan bekas Timbalan Menteri Kewangan itu adalah pramatang dan tidak berasas.

Selepas menolak permohonan tersebut, mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu pada 1 dan 2 Oktober ini.

Terdahulu, peguam bela, Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Ahmad, 54, memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan hari ini. Pada prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria.

Pada 21 Januari lalu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram apabila tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM2 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pertuduhan itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahmad juga dituduh memberi penyataan palsu semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa, Mohd. Zairi Zainal di antara pukul 2.45 hingga 3.30 petang, 4 Julai 2019 di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

The post Ahmad Maslan gagal batal pertuduhan gubah wang haram appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement