Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Aeril Zafrel ‘Request’ Seorang Lagi Anak, Ini Respon Wawa.

The more the merrier!

Published

on

Kehidupan pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini lebih bermakna selepas kehadiran cahaya mata ketiga, Aya Soffya yang baru sahaja dilahirkan pada 1 Desember lalu.

Memasuki hari ke-16 berpantang, Wawa mendedahkan Aeril berhasrat untuk menambah seorang lagi cahaya mata lelaki.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

View this post on Instagram

Tak sangka da ada anak 3 dua ketul tu๐Ÿ˜‚ @aeril_zafrel request dia nak tambah 1 lagi lelaki.. tapi igt kan kesakitan nak beranak tu ya Allah๐Ÿ˜ญ kali ni beranak paling xbole lupa.. sakit dia betul2 hujung nyawa rasa๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข tapi bila si kecil ni keluar lega dia tu subhanallah.. lain anak lain experiences kan? Tapi kata org beranak baby girl sakit dia lain macam betul ke??

A post shared by Wawa Zainal โ„ข๏ธ (@w4w4_zainal) on

Balas Wawa, sakit bersalin yang dirasainya kali ini begitu berbeza berbanding pengalaman melahirkan dua cahaya mata sebelumnya sampaikan dia terasa seperti di hujung nyawa.

Menurut pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu lagi, sakit bersalin itu bagaimanapun terus hilang sebaik melihat anak perempuannya itu lahir.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril telah berkahwin pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga orang anak termasuk Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Apa salahnya tambah satu lagi kan? The more the merrier!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement