Connect with us

Hiburan

Adira Selamat Bersalin, Anggun Jadi Pilihan!

Doktor nasihat jangan hamil dalam waktu terdekat

Published

on

Penyanyi Adira selamat bersalin bayi perempuan dengan berat 3.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, kira-kira jam 2 petang semalam 8 Ogos.

“Apabila sudah anak tiga, bagi saya cabaran semakin bertambah. Mujur anak sulung sudah besar sikit iaitu dua tahun lima bulan. Cuma, yang kedua saja baru 11 bulan. Mesti dia mencari nanti.”

Adira memberitahu Harian Metro, doktor menasihatinya supaya menjarakkan kehamilan kerana sudah tiga kali menjalani pembedahan.

“Doktor belum suruh ikat lagi, tapi saya dinasihati untuk tidak hamil dalam waktu terdekat. Kalau nak mengandung lagi pun, tunggu lima tahun.

“Itu tempoh yang sebaiknya bagi kes macam saya. Sebab, dua anak sebelum ini pun dilahirkan melalui proses pembedahan.”

“Kalau boleh biarlah bahagian dalaman sihat sepenuhnya. Kalau masih ada rezeki, insya-Allah akan ada juga.”

Ditanya mengenai pemilihan nama anak, Adira dan suami, Datuk Seri Adanan Abu atau Dato Red sepakat memilih nama Anggun.

Sementara itu, kelahiran Anggun menjadikan bayi terbaru ini anak ke 10 Dato Red.

Dato Red bersama isteri yang digelar Datin Red mempunyai 5 orang cahaya mata.

Sebelum itu, Dato Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement