Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Adira Luah Rasa Terkilan

Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui rasa terkilan apabila mendedahkan tidak pernah berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama arwah ayahnya, Suhaimi Rajiman. 

Published

on

Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui rasa terkilan apabila mendedahkan tidak pernah berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama arwah ayahnya, Suhaimi Rajiman.


Menurut Adira, hubungan dengan arwah ayahnya yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu tidak begitu akrab memandangkan ibu bapa Adira mengambil keputusan untuk berpisah ketika dia masih berada dalam kandungan ibunya.

“Sejujurnya, banyak perkara yang tidak sempat saya lakukan dengan arwah ayah. Antaranya, saya tidak pernah berkesempatan untuk meraikan kedatangan hari raya bersama.


“Apabila dia sudah tiada, baru perasaan terkilan muncul dan teringat perkara-perkara yang boleh kami lakukan bersama,” ujarnya.

Sementara itu, Adira yang kini hamil anak ketiga turut memberitahu arwah ayahnya juga tidak berkesempatan bertemu dengan anak-anaknya iaitu Anggerik, 2, dan Assan, lapan bulan.

“Selain tidak pernah beraya bersama, arwah ayah juga tidak berkesempatan bertemu dengan cucunya. Apa yang boleh saya harapkan, semoga roh ayah tenang di sana,” katanya lagi.

Adira memberi nasihat kepada peminatnya agar sentiasa luangkan masa bersama ibu bapa sementara mereka masih hidup.

“Jadi, jika anda masih mempunyai ibu dan bapa, cari peluang untuk habiskan masa bersama mereka,” kata Adira.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement