Connect with us

Berita

Adik Tergamak Bunuh, Belah Perut Kakak Demi…

Remaja perempuan berusia 13 tahun sanggup membunuh kakak sendiri yang sarat mengandung di Brazil.

Published

on

Perbuatan yang kejam. Itulah yang dapat digambarkan apabila seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Brazil tergamak membunuh kakaknya yang sarat mengandung.

Suspek membelasah kakaknya, Fabiana Santana, 23, yang hamil lapan bulan ketika kejadian di Porto Velho pada 18 Oktober lalu sampai mati di bahagian kepala menggunakan batang besi.

Kemudian, suspek bersama teman lelakinya bertindak membelah perut mangsa dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya gara-gara diarah seorang wanita yang mahukan anak berkenaan.

Mangsa dan seorang anak lelakinya berusia tujuh tahun turut maut dalam kejadian mengerikan itu akibat lemas dalam tasik ketika cuba menyelamatkan ibunya.

Adik mangsa bersama teman lelaki serta seorang lagi wanita dikenali sebagai Catia Rabelo yang dipercayai perancang pembunuhan itu ditahan polis selepas penemuan mayat Fabiana.

Catia dipercayai mahu memperdayakan teman lelakinya yang kaya bahawa anak mangsa adalah hasil hubungan mereka.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement