Connect with us
Catch Up Kool

Semasa & Hiburan

Adik Nourul Depp Berjihad Bantu Pesakit Covid-19

Semoga dipermudahkan.

Published

on

Pelakon Nourul Depp mengakui berat hati apabila adik perempuannya, Wahida menawarkan diri mahu menjaga pesakit Covid-19.

Difahamkan, adiknya yang bekerja sebagai jururawat itu memohon restu keluarga untuk membuat pertukaran bahagian ke Hospital Besar demi membantu pesakit.

Namun, Nourul percaya apa yang adiknya lakukan itu adalah satu jihad walaupun berat untuknya melepaskan.

Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu Kerana Terluka itu di Instagram.

Menerusi entri tersebut, Nourul memuat naik paparan skrin perbualannya bersama adiknya menerusi aplikasi Whatsapp.

Jumlah pesakit wabak Covid-19 di Malaysia semakin meningkat setiap hari sejak Januari lalu dan kini semua rakyat perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang telah dilanjutkan kerajaan sehingga 14 April 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement