Connect with us
Kool FM

Berita

Adik-beradik dalang sindiket keldai akaun tersungkur

Published

on


Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket keldai akaun di negeri ini selepas menahan dua beradik lelaki di kediaman mereka di Glugor di sini Rabu lalu.

Suspek lelaki berketurunan Cina berusia 20 dan 26 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri dalam operasi yang dijalankan pada pukul 10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan yang diterima daripada seorang mangsa lelaki berusia 20-an pada Mac lalu selepas mendapati berlaku transaksi dalam akaun miliknya.

Menurutnya, mangsa yang baru pulang dari luar negara mendakwa terkejut selepas mendapati beberapa transaksi bernilai RM800,000 dalam penyata empat akaun miliknya.

“Hasil soal siasat awal polis, mangsa mengaku telah membuka empat akaun di beberapa bank setelah tertarik dengan tawaran kenalannya yang mengatakan terdapat peluang menyewa kad debit kepada ejen sebanyak RM500 sebulan.

“Mangsa berminat lalu membuka akaun dan menyerahkan kad debit serta dokumen pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) di sini hari ini.

Mohd. Rosni memberitahu, polis percaya akaun yang dibuka mangsa digunakan sebagai keldai akaun untuk tujuan penipuan tidak wujud, pembelian dalam talian dan judi online oleh sindiket berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan dua lagi mangsa sindiket keldai akaun berdasarkan kad debit yang ditemui di rumah suspek.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kita percaya sindiket ini beroperasi secara rangkaian,” ujarnya. – K! ONLINE

The post Adik-beradik dalang sindiket keldai akaun tersungkur appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement