Connect with us
Kool FM

Berita

Adakah Sah Puasa Qadha’ dan Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Shawwal? Ini Penjelasannya

Semoga pencerahan ini dapat membantu semua..

Published

on

Puasa Qadha’ dan Puasa Sunat 6 Hari dalam Shawwal menjadi soalan lazim setiap tahun. Adakah kita dibenarkan untuk gabungkan kedua-duanya? Adakah sah andai kita gabungkan puasanya?

Pengguna laman Twitter yang bernama Alfaqirfazirun telah berkongsi 3 pendapat serta rujukan terhadap guru-gurunya termasuklah:-
Mengikut Mazhab kita, al-Imam as-Syafie:-

Pendapat 1 : Melakukan secara berasingan iaitu mendahulukan Puasa Qada’ terlebih dahulu kemudian melakukan Puasa Sunat 6 Shawwal. Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah Puasanya yang perlu di Qadha’.

Individu juga perlu yakin bahawa mereka akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis Bulan Shawwal. Ini adalah Pendapat yang paling Afdhal menurut sisi semua ulama dalam Mazhab Syafie.

Niat dan Doa Buka Puasa Ramadhan 1441 H, Ini 8 Hal yang ...

Pendapat 2 : Tiada masalah utk mendahulukan Puasa Sunat 6 Shawwal kemudian baru mengqadha’kan baki puasa yang wajib.

Ini berdasarkan daripada Dalil Riwayat dari Sayyidatuna A’isyah r.a yang membawa maksud:

“Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah saw.”

Puasa Qadha’ dan memberi isyarat bahawa Qadha’ puasa itu tidaklah seperti Qadha’ solat yang mesti disegerakan sebaik sahaja teringat. Kepada sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa Qadha’ terlebih dahulu kerana banyak jumlah yg perlu digantinya.

Atau mungkin kerana tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat 6 hari Shawwal, maka bolehlah dia beramal mengikut pendapat ini. Namun perlu diingatkan di mana, di sisi Ulama’ Syafie, ia Makruh kerana mendahului perkara yang wajib daripada yang sunat itu adalah lebih disukai.

7 Manfaat Puasa terhadap Penderita Kanker, Bisa Mengobati dari Akarnya

Pendapat 3 : Menggabungkan kedua-duanya sekaligus akan mendapat hasil pahala bagi kedua-duanya. Inilah merupakan Pendapat sebahagian Ulama’ Syafie dengan menggunakan Qiyas terhadap Solat Wajib yang dikerjakan seseorang ketika mana ia masuk kedalam masjid, dia telah pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid keatas dirinya.

Yakni Pahala solat Sunat Tahiyyatul Masjid akan terhasil sekali dengan Solat Fardhu tersebut.

Fatwa ini juga dinukilkan dari Imam yang muktabar didalam Mazhab syafie antaranya , al-Imam Ar Ramli, al-Imam Ibn Hajar Al Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa yang merasakan lebih selesa atau kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan bolehlah menggabungkan kedua sekali, terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai suami supaya tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa,yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

Kalau ada yang Qaul katakan tak sah gabung, ia Qaul Dhoif di dalam Mazhab Syafie.

Image

Semoga bermanfaat ya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement