Connect with us

Gaya Hidup

Ada Sebab Doktor Suruh Makan Telur, Bukan Saja-Saja

Published

on


Banyakkan makan telur ye untuk protein dan vitamin…”

Kalau anda perasan makanan sarapan pagi tradisional melayu kebanyakkan ada telur. Tak percaya? Lihat jelah pada hidangan nasi lemak, roti canai, atau juga bihun dan mee goreng yang selalunya dihidangkan bersama telur goreng.

Menarik lagi, jika anda mengalami tulang patah pun, doktor meminta kita untuk mengambil telur pada setiap hari untuk menyembuhkan tisu badan. Ini kerana telur mengandungi kandungan protein, mineral dan vitamin yang tinggi.

Sumber: cariangoogle

Mengurangkan risiko terkena kanser

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Breast Cancer Research”, pengambilan telur pada setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara sebanyak 18%.

via GIPHY

Melambatkan garis penuaan

Menurut satu kajian yang dilakukan di Jerman, jika anda kerap makan telur ia akan beri impak pada bahagian kulit dengan akan membuat tisu kulit lebih sihat kerana telur mengandungi pigmen organik seperti karotenoid yang dapat melambatkan penuaan pada kulit.

Oh! lagi satu, telur juga dapat kurangkan anda dari menghidapi penyakit kanser kulit tau!

Mengurangkan kecacatan bayi

Pada ibu mengandung, tolong beri perhatian tentang hal ini kerana kelebihan telur dapat mengurangkan kecacatan bayi dalam kandungan serta mencegah kerosakan kepada sistem saraf embrio.

via GIPHY

Membantu mengurangkan berat badan

Perasan tak kalau kita tengok mereka yang suka pergi bersukan, mereka akan mengambil telur separa masak sebagai alas perut atau selepas melakukan senaman?

Ini disebabkan telur dapat memberi selera makan anda berkurang dan mudah kenyang dalam tempoh yang singkat.

via GIPHY

Mengekalkan kecergasan tubuh

Kalsium dan vitamin D adalah salah satu kandungan yang ada pada telur. Dua kepentingan nutrisi ini dapat menguatkan gigi dan tulang anda. Perkara ini dibuktikan dalam satu kajian apabila mereka menjumpai kasium dan protein bekerjasama untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

Hebat bukan manfaat telur pada tubuh kita? Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2, anda perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu mengenai jumlah telur yang boleh anda ambil.

via GIPHY

Kesimpulannya, makan sebiji telur dalam sehari merupakan salah satu daripada pelan pemakanan yang sihat kerana ia tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap peningkatan risiko penyakit jantung bagi mereka yang dikategorikan sebagai individu sihat.

Tak salah amalkan pemakanan yang sihat, untuk kita juga. Bukan untuk siapa pun!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Telur Punca Luka Bernanah Adalah Mitos

Lucu! Telatah Nia Ramadhani Goreng Telur Jadi Bualan Ramai

 

 

 

 

Sumber: twitter



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement