Connect with us

Hiburan

ABPBH 32: Aishah Sangka Kena ‘Prank’

Nama Aishah turut tercalon dalam senarai akhir kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow ABPBH ke-32

Published

on

Penyanyi, Aishah mengakui risau jika ada pihak sengaja mahu mengenakan dirinya apabila dia dijemput ke majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

Aishah yang muncul dengan single Malar pada tahun lalu sukar percaya apabila namanya turut tersenarai dalam senarai akhir kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow pada edisi terbaru anugerah hiburan berprestij itu.

“Susah untuk percaya berita gembira berkenaan, saya sempat bertanya kepada beberapa kenalan selebriti, sama ada kehadiran saya ke majlis pengumuman Top 5 ABPBH 32 sekadar ‘prank’.

“Jujurnya, saya memang tidak menyangka untuk dicalonkan dalam kategori terbabit, bersaing pula dengan artis jauh lebih muda,” kata Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu.

Aishah turut menyifatkan berita gembira itu sebagai satu rezeki untuk beliau terus menapak dalam industri hiburan.

“Namun, saya ambil peluang ini sebaik-baiknya. Ia boleh dianggap sebagai rezeki untuk mengembangkan lagi kerjaya seni,” katanya.

Digelar ‘The Living Legend’, Aishah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama-sama Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita, Siti Nordiana, Ara Johari dan Stacy.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement