Connect with us

Berita

‘Abe Basikal’ dapat rumah baharu

Published

on


GUA MUSANG: Nasib seorang warga emas yang hidup sebatang kara di sebuah rumah daif di Kampung Jeram Tekoh di sini yang dilaporkan media baru-baru ini berubah apabila dia menerima bantuan sebuah rumah baharu, hari ini.

Rosli Bakar, 64, mendapat rumah baharu yang dibina secara gotong-royong oleh pelbagai pihak dan agensi sejak dua minggu lalu. 

 Menurut Rosli, dia bergantung kepada rezeki mengutip tin terbuang dengan mengayuh basikal sejauh 15 kilometer setiap hari.

Katanya, pendapatan yang diperolehi sekitar antara RM5 hingga RM10 hasil menjual tin air terbuang setiap hari.

“Saya bersyukur dapat berpindah ke rumah baharu yang jauh lebih selesa berbanding rumah lama.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang menyumbangkan pelbagai kelengkapan bagi menyiapkan rumah ini, “ katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas Ab. Aziz menyerahkan rumah baharu berkenaan yang dilengkapi perabot kepadanya.

Turut hadir, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Hizani Ibrahim, Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Azmawi Fikri Abd. Ghani dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Norfadzlete Aryani Mat Rosli.

Ab. Aziz berkata, pelbagai pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membantu membina rumah untuk Rosli. 

Katanya, dia simpati dengan nasib Rosli atau dikenali sebagai Abe Basikal yang tinggal sebatang kara di rumah daif itu selepas bercerai dengan isterinya.

“Kos membina rumah baharu ini adalah RM7,000. Pihak kami merancang untuk membina beberapa lagi buah rumah untuk keluarga daif.

 “Kita akan tengok kepada keperluan, jika bilangan ahli keluarga tidak ramai kita akan  bina secara gotong-royong. Tetapi jika ramai kita serahkan kepada agensi kerajaan untuk membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya. 

The post ‘Abe Basikal’ dapat rumah baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement