Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Abby Abadi Sah Berbadan Dua!

Semoga kandungan Abby sentiasa berada dalam keadaan sihat..

Published

on

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakari menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi imbasan ultrasound yang dilakukan ketika berada di sebuah klinik selepas kandungan isterinya mempunyai masalah.

Faizal bagaimanapun melahirkan rasa syukur selepas doktor mengesahkan kandungan pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu berada dalam keadaan selamat.

View this post on Instagram

Hari cuti bawak My Love @abby_abadi112 ke Klinik . Pagi tadi ada masalah sikit..berdebar jugak….tapi Alhamdullilah semua ok…. . Makan ubat kena ikut aturan….banyakkan rehat ya . Terima kasih Doc sebab berikan layanan yang baik tadi

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Melalui ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Abby dan mendoakan supaya kandungannya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement