Home > #CeriteraKool > “Abang Bomba I Love You” Menjadi Realiti Selepas Mereka Berjaya Menyelamatkan…

“Abang Bomba I Love You” Menjadi Realiti Selepas Mereka Berjaya Menyelamatkan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tugas anggota bomba dan penyelamat, bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang diketahui umum, hanya untuk memadam kebakaran. Mereka ini sebenarnya adalah hero dan layak diangkat dan dipandang setanding dengan pasukan beruniform lain seperti polis dan tentera.

Namun, mereka inilah orang yang sering berhadapan banyak risiko seperti letupan, kepanasan, lemas juga terjatuh dari tempat yang tinggi.

Bagaimanapun semalam, satu video telah tular di laman twitter, dengan menunjukkan aksi seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berkorban nyawanya untuk menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut di dinding di pusat beli belah Melawati.

Pengguna Twitter Dena Bahrin, memuat naik video berkenaan dengan kapsyen: “YA ALLAH, NERVOUS GILA ABANG BOMBA SELAMATKAN KUCING ! I CRIED!” ujarnya sambil memberitahu tempat kejadian.

Video berdurasi 1:06 itu mendapat pujian daripada rata-rata netizen yang mengatakan:

  • @iamsyazlina: Lega gila diorang dah stanby dekat bawah.
  • @QlahSyahiz: Ni baru betul ABANG BOMBA I LOVE YOU!!!
  • @NaziraBakhtiar: Aku yang tengok ni terkejut beruk jerit entah apa-2 hahahah btw ya allah semoga abang-2 bomba ni dimurahkan rezeki aminn

Memang selamatkan haiwan juga salah satu daripada tugas anggota bomba. Tapi, pengorbanan sebegini turut wajar dipuji.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply