Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Aaron Aziz Beraksi Dalam Filem Hong Kong

Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

Published

on

Pelakon Aaron Aziz sememangnya dikenali menerusi filem-filem aksi.

Terbaru, pelakon tersebut dikatakan membintangi filem Undercover Punch and Gun, sebuah filem aksi jenayah Hong Kong yang diarahkan oleh Philip Lui dan Frankie Tam.

Filem yang ditayangkan sejak semalam itu turut menampilkan barisan pelakon popular Hong Kong seperti Philip Ng, Andy Onimal, Van Ness WuKitty Jiang, Feng Wen Juan, Aka Chio, Chi Shuai, Jia, Lam Suet dan Susan Shaw.

Menurut Aaron, sepanjang penggambaran kebajikannya dijaga dengan begitu baik.

“Semuanya berjalan dengan lancar sepanjang penggambaran dan layanan yang diberikan kepada semua pelakon juga adalah sama rata.

“Cuma memandangkan penggambaran banyak dilakukan di pelabuhan dan banyak kontena, keadaan agak panas, sedikit kurang selesa dan ia memberikan cabaran buat saya,” kata Aaron.

“Walaupun terdapat perbezaan terutama dari segi bahasa namun mereka masih memberi peluang kepada pelakon Melayu seperti saya untuk berlakon dengan mereka.

“Itu adalah salah satu sebab juga saya bersetuju berlakon untuk filem ini dah mahu membuktikan yang pelakon-pelakon kita juga boleh menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya lagi.

Filem Undercover Punch and Gun menceritakan mengenai seorang polis yang menyamar terpaksa bekerjasama dengan sekumpulan pasukan khas yang menentang penyeludupan dadah.

Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement