Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

"Aafiyah Anak Ibu.." Giliran DS Siti Nurhaliza Tiru Gaya Sherry Alhadad

Tidak dapat dinafikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ialah seorang penyanyi yang mempunya bakat yang hebat.

Published

on

Tidak dapat dinafikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ialah seorang penyanyi yang mempunya bakat yang hebat.
Siapa yang tidak menggemari nyanyian Siti? Hampir semua lagu Siti berjaya menarik perhatian pendengar dan kegemilangannya bukan sahaja di negara kita malah juga di luar negara.
Bukan sahaja nyanyiannya yang dipuji ramai, malah sikap lemah lembut yang ada pada dirinya membuatkan dia disayangi oleh para peminat sehingga ke saat ini.
Bagi menghargai sokongan yang telah diberikan oleh peminat sepanjang kerjayanya, beliau telah menganjurkan konsert jelajah di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Image result for siti nurhaliza on tour
Setelah tamat konsert di Jakarta Sabtu lalu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengadakan konsert di Singapura pula.
Seperti biasa, pentas nyanyian yang dihidangkan oleh beliau sangat mengagumkan.
Image result for siti nurhaliza on tour
Di pertengahan persembahan, Dato Sri Siti Nurhaliza ada behenti seketika untuk berkomunikasi dengan para penonton di dalam dewan tersebut.
Ketika itu, dia mengambil kesempatan untuk mengajuk Sherry Alhadad yang pernah meniru cara memanggil Siti Aafiyah yang berada di bawah pentas dengan nada lembut.


Ketika Anugerah Juara Lagu Ke-33 berlangsung Februari lalu, Sherry Alhadad selaku pengacara pada malam itu, pernah mengajuk gaya Dato’ Seri Siti Nurhaliza memanggil Siti Aafiyah.
Keadaan pada ketika itu terus dipenuhi dengan gelak ketawa dari penonton yang terhibur dengan gelagat Sherry.


Sporting betul Dato Sri Siti Nurhaliza ni kan? Tinggal satu sahaja konsert yang dinanti-nanti iaitu di Axiata Arena Kuala Lumpur 16 Februari ni. Mesti peminat teruja kan?

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement