9 Yang Menarik Sepanjang Minggu Ini! | Kool FM
Home > #koolhabis > 9 Yang Menarik Sepanjang Minggu Ini!

9 Yang Menarik Sepanjang Minggu Ini!

/ / /
Comments are Off

 

Nama Sarawak sekali lagi dicatatkan dalam Guinness World Record bila berjaya mengumpul peserta paling ramai memakai kostum kucing! 440 peserta pakai kostum kucing, untuk satu acara sempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2017. Tahun lepas, Sarawak pecah rekod dunia bila berjaya buat tikar terpanjang di dunia: 1.2 kilometer, menggunakan anyaman 1.4 tan rotan tempatan! Sarawak you are awesome!

 

Kerajaan Melaka memutuskan MALACCA yang diguna dalam Bahasa Inggeris, tak boleh diguna pakai lagi, dan digantikan dengan nama MELAKA. Ingat, jangan salah eja.

 

Empat pelajar dalam gambar ni telah MELAKAR SEJARAH pada Pertandingan Projek Informatik Antarabangsa 2017 di Bucharest , Romania. Amir Hizam Zulhazim dan Muhammad Khalis Irfan Khairuddin dari MRSM Kubang Pasu dapat EMAS menerusi hasil karya berjudul The Lost. Sementara itu, robot bernama Mini Sumo oleh Muhammad Sohail Lal Lal Muhammad dan Muhammad Faris Izzudin Mat Ridzi dari MRSM Langkawi dapat gangsa! GOOD JOB GUYS!

 

Lelaki Indonesia yang dilaporkan manusia tertua di dunia meninggal dunia pada usia 146 tahun! Sadimejo lahir pada Disember 1870.

Suami Ratu Elizabeth 2, Putera Phillips akan berundur daripada semua acara rasmi awam tahun ini. Fun fact: Duke of Edinburgh yang bakal berusia 96 tahun pada 10 Jun ini ialah Raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British dan telah mengendalikan 219 upacara rasmi kerajaan tahun lalu. Putera Phillip ni sentiasa berada di sisi Elizabeth sejak isterinya menaiki takhta pada 1952. Mereka bakal melangsungkan ulang tahun perkahwinan ke 70 pada November ini. #relationshipgoals

Pasukan JDT dan Kelantan didenda RM10,000 masing masing oleh FAM! Semua sebab salah laku penyokong pada dua perlawannan di dua tempat yang berbeza.JDT dan Kelantan didenda atas kesalahan penonton membaling objek ke dalam padang ketika aksi JDT dan Melaka pada 9 April, dan pertembungan Kelantan dan JDT di Kota Bharu pada 12 April .

Malaysia turun 1 anak tangga , ke 158 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Penurunan ranking Harimau Malaya kerana peningkatan 3 anak tangga oleh pasukan Mauritius. guess what, Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke 28 dunia. #MalaysiaBoleh

Buku kontroversi Fattah Amin , diumumkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017. Fattah muncul satu-satunya calon daripada kalangan artis yang menang kategori itu, kategori yang dimonopoli penulis professional!

Juliana Evans berkahwin dengan kerabat diraja Johor dan Selangor Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April. Mereka tak bertunang pun, terus nikah. Pasangan handsome ni berkenalan 2 tahun lalu. Resepsi kahwin akan dilangsungkan lepas Raya Aidilfitri! Tahniah guys! Mesti anak uols comel!