Connect with us

Semasa & Hiburan

7 Tahun Simpan Duit Bersama, Wanita Kecewa Teman Lelaki Guna Untuk Nikah Perempuan Lain

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila wang simpanan yang dikumpul bersama teman lelakinya didakwa digunakan oleh lelaki tersebut untuk menikahi wanita lain.

Published

on

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila wang simpanan yang dikumpul bersama teman lelakinya didakwa digunakan oleh lelaki tersebut untuk menikahi wanita lain.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh rakan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Shaaradw. Berdasarkan video pendek yang dimuat naik di TikTok, individu ini mendakwa rakannya itu telah ‘dipergunakan’ oleh teman lelakinya. Hal ini kerana, wang yang disimpan selama 7 tahun untuk majlis kahwin mereka akhirnya telah habis digunakan oleh lelaki tidak bertanggungjawab bagi melangsungkan pernikahan dengan wanita lain pada minggu lalu. Kejam!

Hal tersebut bukan sahaja menghancurkan hati wanita terbabit malah membuatkan dia hilang selera untuk menjamah makanan. Bimbang melihat rakannya sudah tidak makan selama tiga hari, individu ini kemudian membelikan makanan kegemarannya. Dalam video itu turut kelihatan wanita ini sesekali mengesat air mata sambil menikmati makanan yang dihidang.

Klik untuk baca artikel penuh.

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement