Connect with us
Kool FM

Berita

7 Panduan Tambahan Penghantaran Makanan Bermotosikal (P-Hailing) Yang Perlu Anda Tahu

Selamat jalan..

Published

on

Umum mengetahui bahawa Kementerian Pengangkutan sebelum ini telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal atau p-hailing sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara garis panduan yang disarankan termasuklah:-

1. Mewajibkan penunggang memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
2. Bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
3. Kotak yang dibawa penunggang bagi mengisi barangan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan JPJ.
4. Penunggang perlu menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman bagi kotak penghantaran setiap
5. Semua operator dan penunggang perlu menitikberatkan soal kesihatan, mengamalkan penjarakan sosial dan transaksi tanpa sentuhan.

Bagaimanapun, menerusi satu portal online, panduan tambahan penghantaran makanan dan bungkusan bermotosikal tersebut telah ditambah kepada 7 perkara termasuklah:-

1. Penunggang p-hailing dinasihatkan supaya tidak menggunakan lebuh raya antara negeri bagi jarak perjalanan melebihi 10 kilometer.
2. Penunggang juga perlu mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk tidak memasuki zon merah.
3. Mematuhi peraturan jalan raya dengan memakai topi keledar dan menggunakan laluan motosikal yang diwartakan sekiranya ada.
4. Penunggang perlu memakai pakaian mudah dilihat
5. Waktu operasi adalah terhad dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
6. Semua penunggang yang menghantar barangan perlu sentiasa membawa bersama-sama mereka surat pengesahan daripada majikan atau surat pendaftaran dengan PBT.
7. Semua penunggang p-hailing juga diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi kendalian MKN iaitu mySejahtera (mysejahtera.malaysia.gov.my) dan perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement