Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

7 Babak Filem Terkenal Dilakonkan Secara Tak Sengaja

Published

on


Perkara yang paling magis sekali dalam dunia seni lakonan adalah apabila seseorang pelakon itu dapat membawakan watak yang dilakonkan dengan begitu jelas sekali, bila seseorang pelakon itu dapat menjiwa watak yang dibawakan dengan sepenuh dan sejujur hati, sekaligus ianya membuatkan kita percaya dengan setiap lontaran dialog kata-kata mahupun lenggok bahasa tubuh yang cuba disampaikan.

Lagi-lagi bila pelakon tersebut pelakon dapat memberikan mutu lakonan method acting yang padu sehinggakan ianya dapat memisahkan diri mereka kepada keadaan dunia realiti yang sebenar.

Kebanyakkan pelakon yang berjaya dapat meletakkan diri mereka kepada watak yang disampaikan sehingga ianya berjaya untuk mengadaptasikan dalam setiap keadaan babak atau adegan yang dilakonkan dan meletakkan lagi satu lapisan realism sehingga penonton pun dapat rasai apa yang cuba disampaikan oleh pengarah dan pelakon.

Tapi terdapat juga babak-babak atau adegan filem terkenal dimana para pelakon memberikan komitmen sepenuhnya pada watak yang dibawakan sehingga babak tersebut dilakonkan tanpa sengaja atau tidak seperti apa yang telah dirancangkan didalam skrip filem tersebut.

ALIEN – PELAKON TAK TAHU

Untuk mewujudkan rasa tegang dan suspense yang ingin disampaikan dalam filem ini, para pelakon filem tahun 1979 ini kena menyampaikan watak lakonan mereka dengan sejujurnya. Untuk mendapatkan ekspresi dan emosi yang jujur daripada para pelakon, kebanyakkan pengarah akan cuba untuk tidak memberitahu para pelakon tentang apa yang bakal mereka rakamkan ketika proses pengambaran.

Proses tersebut juga turut diterapkan dalam rakaman pemgambaran filem Alien yang dijalankan pada tahun 1979 oleh pengarah Ridley Scott. Kebanyakkan krew dan juga para pelakon tidak tahu apa yang bakal mereka jangkakan pada scene dimana dada salah seorang pelakon meletup dan mengeluarkan mahkluk alien yang kelihatan seperti cacing gergasi. Kewujudan makhluk tersebut yang muncul secara tiba-tiba dan pantas tidak diketahui oleh para pelakon memberikan emosi dan muka ketakutan yang paling jujur buat pengarah dan penonton. Kiranya para pelakon filem ini memang terkejut betul-betul dengan scene filem ni.

TERMINATOR 2 – SARAH CONOR BELASAH PELAKON

Didalam filem yang dikeluarkan pada tahun 1991 ini, kita dapat lihat bagaimana Linda Hamilton benar-benar menjiwai wataknya sebagai Sarah Connor apabila pelakon Ken Gibbel yang memegang watak sebagai Douglas banyak memukul watak Sarah Connor pada babak terdahulu filem ini. Setiap kali Ken Gibbel memukul aktres Linda Hamilton, wataknya sebagai Sarah Connor terjatuh ke lantai yang menyebabkan kesakitan di lutut dan kaki.

Disebabkan ini, apabila terdapat babak dimana Linda Hamilton terpaksa melarikan diri daripada hospital, beliau diberikan peluang untuk memukul dan membelasah kembali watak Ken Gibbel mengunakan batang mop, Linda lakukan tanpa belas kasihan dan tanpa henti. Scene tersebut menjadi antara scene yang paling diingati ramai, secara tidak langsung membuktikan pelakon Linda Hamilton sebagai salah satu bintang filem aksi terbaik sejarah perfileman Hollywood.

THE BLAIR WITCH PROJECT – PELAKON KENA KACAU

Sama seperti proses rakaman untuk filem Alien, dimana para pelakon tidak mengetahui apa yang bakal mereka rakamkan untuk babak lakonan mereka namun filem Blair Witch Project ini dirakam dengan bajet filem yang sangat sangat rendah, para pelakon terpaksa duduk didalam hutan dengan hanya beberapa krew untuk proses rakaman filem ini.

Pengarah dan produksi filem ini juga banyak memberikan tekanan psikologi untuk para pelakon dengan menakut-nakutkan mereka pada waktu malam dan mengacau kemah mereka serta menyediakan makanan yang berkurangan supaya para pelakon lebih rasa tertekan, semata-mata supaya mereka dapat merakamkan scene dengan emosi yang lebih jujur dan tidak sengaja atau dirancang.

Kebanyakkan scene pada waktu malam ketika para pelakon berada didalam khemah mereka dirakamkan dengan reaksi ketakutan yang sebenar daripada para pelakon filem ini.

THE LORD OF THE RINGS – PATAH IBU JARI

Dalam filem trilogi LOTR ini, kita ketahui yang ianya tidak banyak elemen-elemen yang mengunakan prop atau lokasi sebenar kerana produksi filem ini hanya dirakam mengunakan green screen.

Untuk babak didalam The Lord of The Rings: The Two Towers, pelakon Viggo Mortensen yang memegang watak sebagai Aragorn telah menendang sebuah helmet secara dramatik dan melutut ke tanah lalu menjerit dengan sekuat hati. Rupa-rupanya jeritan yang dilontarkan tersebut adalah disebabkan ibu jari kakinya terpatah ketika menendang helmet tersebut. Jeritan itu rupanya tidak dirancang dan benar-benar jujur.

FIGHT CLUB – BELASAH KAW-KAW

Untuk filem yang menampilkan dua pelakon hebat Hollywood iaitu Edward Norton dan Brad Pitt yang berkongsi hubungan yang sangat-sangat complicated antara satu sama lain. Watak Tyler Durden yang dibawakan oleh Brad Pitt merupakan watak yang tampak lebih lasak berbanding Edward Norton yang memegang watak tanpa sebarang nama atau lebih dikenali sebagai The Narrator aka “Jack”.

Dalam sebuah babak yang memerlukan kedua-dua pelakon untuk berlawan antara satu sama lain, watak Edward Norton terus memukul Brad Pitt dibahagian telinga dimana secara tidak sengaja Brad Pitt memberikan reaksi kesakitan secara spontan dan melontarkan ayat “Why the ear?”. Dialog Brad Pitt tersebut tidak ada didalam skrip filem. Difahamkan, pengarah David Fincher telah membisik kepada Edward Norton untuk memukul Brad Pitt pada bahagian telinga instead of di bahu seperti yang dirancangkan sebelum rakaman babak tersebut.

DJANGO UNCHAIN – TANGAN BERDARAH

Produksi untuk filem ini memakan masa selama berbulan-bulan disebabkan pengarah Quentin Tarantino ingin memastikan karya filemnya tentang western slavery disampaikan dengan sempurna.

Disebabkan juga prosess pengambaran yang diambil selama berbulan-bulan, setiap pelakon sangat-sangat komited dengan watak mereka, terutama sekali pelakon utama, Leonardo Dicaprio.

Leonardo Dicaprio yang sangat-sangat komited dengan wataknya sebagai “Monsieur” Calvin J. Candie. Didalam sebuah babak filem ini, Leonardo dilihat sedang memberi ucapan sambil menghempas cawan kaca dengan tangannya yang menyebabkan luka dan pendarahan yang banyak pada tangan kirinya.

Tanpa menghentikan rakaman, Leonardo meneruskan babak tersebut dan stay in character, tahap penjiwaan watak Leonardo begitu mendalam sampai satu tahap Leonardo menyampukan darah pada tangannya ke muka aktres Kerry Washington untuk berikan moment tersebut nampak lebih tegang dan real. Gila jugak Leonardo Dicaprio ni

THE WOLF OF WALLSTREET – MANTRA LAKONAN

Sekali lagi babak filem yang menampilkan lakon daripada filem Leonardo Dicaprio, kali ini pelakon tersebut bersama salah seorang lagi pelakon filem ini iaitu Matthew McConaughey yang melakonkan watak sebagai Mark Hanna.

Didalam babak filem yang penuh dengan kontroversi ini, Matthew McConaughey sedang melakukan ritual chanting untuk menenangkan dirinya. Babak ini dilakukan dan dilakonkan secara spontan oleh Matthew dan Leonardo. Chanting yang dilakukan tersebut adalah chanting yang sering dilakukan Matthew McConaughey untuk menenangkan dirinya jika merasa gugup atau sebelum melakukan rakaman filem.

Disebabkan aksi lakonan yang spontan tersebut, Matthew McConaughey telah melayakkan dirinya untuk memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik di Academy Awards pada tahun 2014.

KATALAKI: Power sangat diorang ni berlakon macam betul-betul real!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement