Berita
“6,000 Jemaah Dibenarkan Sehari,” – Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi
Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan.
Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan kenyataan tentang kebenaran pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober ini.
Malah, bagi pengunjung dari luar negara, jemaah dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000.
Sumber: cariangoogle
Kini, berita gembira buat lebih kurang 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia apabila kumpulan jemaah dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Arab News melaporkan bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidil Haram.
Manakala, kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di Masjidil Haram dan proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.
Sumber: harianmetro