Connect with us
Kool FM

Berita

6 Langkah Elak Sebar Berita Palsu

Tidak pasti, jangan kongsi

Published

on

Dalam mempergiatkan usaha penguatkuasaan untuk mengawal penularan berita palsu demi kemakmuran bersama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil pendekatan untuk mendidik masyarakat supaya tidak menyebarkan berita palsu.

Berikut adalah langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kekeliruan yang tidak diingini:-

  1. Jangan mudah terpedaya dengan e-mail, mesej dan maklumat yang diterima
  2. Sentiasa periksa kesahihan e-mail, mesej dan maklumat tersebut
  3. Pastikan e-mail, messed dan maklumat yang diperoleh adalah dari sumber yang sahih
  4. Siasat latar belakang pengirim e-mail, mesej dan maklumat atau penyebar maklumat
  5. Ingat! Bukan semua maklumat yang di Internet dan laman sosial itu benar
  6. Jika tidak pasti, jangan kongsi. Semak di sebenarnya.my

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mewujudkan satu portal iaitu sebenarnya.my yang memberi fokus untuk menangani penyebaran berita palsu di sosial media termasuk isu COVID-19.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai kemusykilan mengenai sesuatu berita termasuk COVID-19, sama ada ia sahih atau palsu, boleh salurkan sebarang maklumat yang diragui kesahihannya menerusi portal tersebut. Sertakan link URL dan kandungan mesej yang diterima. Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement