Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

5 Vlogger Indonesia Paling Layan

Published

on


Indonesia adalah negara yang mempunyai bilangan penghibur yang memang banyak, malah di zaman digital sekarang ini. Di negara jiran kita itu, ianya telah menjadi fenomena buat vloggers Youtube di kalangan remaja tanah air itu. Ada di antara vloggers yang sangat laku keras juga diangkat sebagai salah seorang selebriti online yang telah mendapat tempat di hati peminat dan menarik minat warganet.

Vloggers atau Youtubers ini juga mempunyai jumlah fanbase yang cukup kuat oleh kerana content-content yang mereka salurkan di Youtube sangat digemari anak muda dan ianya mengukuhkan serta dominasi kuasa viewers di sana sehinggakan kita di Malaysia ini juga terjebak menonton sekali.

Maka harini kami nak senaraikan 5 top Youtubers Indonesia yang kami rasa best untuk kita usha sekali. Ada di antara mereka ini mempunyai bilangan subs yang memang ramai gila, ada juga yang buat content menarik lain daripada yang lain. Okay jom kita usha.

BAYU SKAK

Memiliki jumlah subscribers melebihi 2 juta di Youtube. Bayu Skak adalah salah seorang Youtubers yang ngetop di Indonesia. Jejaka yang berasal dari Malang, Jawa Timur ini dikatakan telah mendapat penghasilan sebanyak estimate 7 hingga 114 ribu setahun melalui content-content di saluran Youtube Bayu Skak. Salah satu yang membuatkan pria ini popular juga adalah oleh kerana beliau juga merupakan salah seorang pelakon untuk filem drama-komedi berjudul Yowis Ben pada tahun 2018., lanjutan daripada filem itu Yowis Ben juga merupakan sebuah band. Antara content-content yang terdapat di channel Bayu Skak ini adalah seperti video-video motivasi, lifestyle serta game-game terbaharu yang dimain sendiri oleh Bayu Skak.

GEN HALILINTAR

Antara Youtube channel yang paling terhangat di Indonesia tentunya daripada channel Gen Halilintar, setakat artikel ini ditulis. Youtube channel tersebut sudah memiliki sebanyak 14 juta bilangan subscribers, gila tak gila?

Youtube channel Gen Halilintar ini juga adalah terdiri daripada Gen yang merupakan seorang ibu serta Halilintar yang merupakan seorang bapa yang menjaga 11 orang anak mereka. Video-video yang terdapat di channel Gen Halilintar ini juga fokus kepada kisah aktiviti seharian keluarga Gen Halilintar ini yang ada bermacam-macam ragam. Tidak lupa jugak, family diorang ni pun pernah datang ke Malaysia bercuti dan sambil-sambil tu siap buat content sekali.

BOBON SANTOSO

Image via: https://cn.noxinfluencer.com/

Sebelum kami bercerita lebih tentang Youtuber yang ini pula, kami nak ingatkan kat korang, tolong jangan sesekali cuba untuk buat atau meniru semula apa-apa saja yang telah dilakukan oleh Bobon Santoso ini sebab content-content video yang dilakukan di channel Youtube The Santoso ni boleh dikatakan memang agak extreme dan lain daripada yang lain lah.

Korang pernah tengok orang makan ayam goreng dalam mangkuk tandas? Masak ayam goreng guna minyak angin atau rendam diri sendiri dengan Indomie? Haa apa saja yang kitorang sebut kan ini semua telah pun dilakukan oleh Bobon Santoso ni. Walaupun menerima banyak kecaman tapi video-video extreme di Youtube beliau menerima banyak gila views. Jumlah subscribers Bobon Santoso ini juga dah mencapai sehingga 1.32 juta. Senang cerita extreme dan memang berani juga apa yang dilakukan oleh Bobon Santoso ni. Sekali lagi kami ingatkan, please don’t try this at home and for the sake of viewers.

RADITYA DIKA

Ini boleh dikatakan antara Youtubers Indonesia yang saya sendiri paling minati. Salah satunya sebab Raditya Dika ini merupakan seorang stand-up comedian, dan lagi satu sebab video-video vlog di Youtube Raditya Dika ini memang kelakar dan inspiring jugak. Content-content Raditya Dika ini berasaskan daripada sketsa-sketsa komedi, podcast serta acara stand-up yang dilakukan beliau selain aktiviti hariannya yang dikongsikan kepada 8.62 juta subscribers di Youtube.

EDHO ZELL

Mengambil pendekatan dengan membuat video-video parodi dan juga tips dari angle yang lebih bersahaja dan lucu. Channel Youtube yang dimiliki oleh Edho Zell ini juga antara Youtube yang korang boleh layan juga.

Daripada penghasilan video-video di Youtube, ianya memboleh Edho Zell untuk menyara kehidupan beliau dengan mempunyai kereta, apartment dan mempunyai pekerjanya sendiri. Secara purata viewers Edho Zell juga boleh mencapai 300-800 ribu views pada setiap video yang dihasilkan dengan jumlah subscribers sebanyak 3.71 juta.

Dengan adanya Youtubers dan content-content yang menarik ini, kami harap ianya dapat memberikan korang juga bersemangat untuk menghasilkan video-video yang menarik di Youtube. Tak kisahlah daripada mana sekali pun atau secara bagaimana sekali pun korang buat content tersebut. Jangan putus asa dan tetap hasilkan content yang menarik dan terbaik gais.

KATALAKI: Ada banyak lagi Youtubers yang best, korang kena explore sendiri jugak la. Sila rajinkan diri untuk binge watch di Youtube…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement