Connect with us
Kool FM

Berita

5 Senarai Lagu Yang Boleh Anda Nyanyi Untuk Pastikan Tangan Dicuci Bersih

Wah.. betullah..

Published

on

Susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia dan negara-negara lain, pelbagai langkah telah dilakukan selain kesiapsiagaan pihak perubatan dalam memerangi kes ini.

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh individu termasuklah memakai penutup mulut dan hidung jika bergejala, elakkan ke tempat awam terutamanya ke negara-negara yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air atau gunakan pembasmi kuman.

Selari dengan nasihat kekerapan membasuh tangan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan untuk mencuci tangan selama 20 saat untuk memastikan tangan seseorang itu benar-benar dalam keadaan yang bersih.

Untuk itu, menerusi laman sosial Twitter ramai telah memberi cadangan beberapa lagu untuk dinyanyikan semasa mencuci tangan untuk memastikan ia selesai selama 20 saat.

  1. Lagu Hari Jadi Dinyanyikan Sebanyak 2 Kali

2. Welcome To The Black Parade Oleh My Chemical Romance dari “When I was..” sehingga “the beated and the damned..”

3. Mr. Brightside oleh The Killers

4. Lagu Abjad A,B,C sehingga Z

5. Lagu Dari Vietnam Yang Kemudiannya Dipraktikkan Menerusi Aplikasi Tik Tok

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan diimplementasi kepada semua golongan tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun dewasa dan warga emas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement