Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

5 Selebriti Wanita Dapat Tunai Haji Tahun 2019

HAJI adalah Rukun Islam yang kelima.

Published

on

Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan dalam Rukun Islam.

Kewajipan agama ini harus dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.

Tahun ini, beberapa selebriti popular tanah air berpeluang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Beruntung mereka ini kerana menjadi insan-insan terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Jom kita lihat senarai di bawah!

1.Erra Fazira

Bekas ratu cantik Malaysia ini bertolak ke Makkah pada Isnin lalu bersendirian tanpa ditemani mahram dan akan berada di sana selama dua minggu.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama Erra mengerjakan haji selepas lima tahun menyimpan azam.

2. Umie Aida

Siapa sangka doa pelakon Datin Seri Umie Aida ketika menunaikan ibadah umrah Januari lalu untuk mengerjakan haji akhirnya dimakbulkan Tuhan.  Umie juga pertama kali mengerjakan haji  tahun ini ditemani suami.

3. Neelofa

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa juga menunaikan haji pada tahun ini untuk kali kedua bersama dua adik lelaki dan ibunya.

4.Wany Hasrita

Penyanyi, Wany Hasrita tidak menyangka tahun ini menjadi tahun ‘tuah’ buat dirinya apabila dapat mengerjakan haji di usia begitu muda, 27 tahun.

Apa yang menarik, Wany menerima jemputan istimewa daripada kedutaan Arab Saudi tau!

5.Amira Othman

Penyanyi, Amira Othman turut berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama Wany Hasrita pada Rabu lalu.

Didoakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ini mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan. Amin…

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement