Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

5 Selebriti Malaysia Sambut Syawal 2019 Bersama ‘Orang Baru’!

Pejam celik-pejam celik dah 1 Syawal.

Published

on

Pejam celik-pejam celik dah 1 Syawal.

Menyambut Aidilfitri bersama keluarga, rakan taulan dan insan tersayang pasti akan mencipta seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Jom kita check out 5 selebriti Malaysia yang menyambut lebaran tahun ini bersama ‘orang baru’ iaitu cahaya mata yang menjadi penyeri rumah tangga.

1. Anzalna Nasir & Hanif Zaki

Anzalna selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 31 Mei lalu, beberapa hari sebelum menyambut Syawal.  Tahun 2019 pasti menjadi tahun paling bermakna buat Anzalna dan suami.

2.Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen. Wah, sedap nama anak kedua Hairul Azreen dan Hanis ni kan!

Alisa Aisyah selamat dilahirkan pada 24 Mei 2019 dan pasangan selebriti ini turut mewujudkan akaun rasmi Instagram buat puteri mereka, iaitu @thealisaaisyah.

3.Mawar Rashid & Raf Yaakob

Mawar Rashid telah selamat melahirkan anak pertama secara normal hasil perkongsian hidup dengan suami, Raf Yaakob pada 13 Mac 2019 (Rabu) di hospital ibu kota.

Putera sulung Mawar itu diberi nama Raden Muhammad Rafael! Comel kan?

4. Syatilla Melvin & Shaheizy Sam 

Say hello to Sarima!

Shaheizy Sam dan Tilla menimang cahaya mata kedua pada 17 April 2019 dan pasangan tersebut memberi nama  Sarima Samheizy Binti Shaheizy Sam buat baby girl mereka.

5. Shakilla Koriri & Fizi Ali

Pelakon Shakilla Koriri selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pagi Khamis, 14 Mac 2019 dan bayi sulung pasangan ini diberi nama Nurul Ameena Sofia.

View this post on Instagram

#💋• . Nurul Shakilla atau Nurul Ameena ?? . 😏

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Ramai lagi selebriti lain yang turut menyambut lebaran bersama si comel antaranya penyanyi Nourul Depp, pelakon Dynas Mokhtar dan Datin Niena Baharun.

Selamat Hari Raya semua! Semoga lebaran kali ini lebih istimewa dan mengeratkan kita semua.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement