Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

5 Pesanan Kaka Azraff

Stay home and stay safe, everyone!

Published

on

Wabak Covid-19 yang melanda negara Malaysia sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan sebahagian masyarakat.

Pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha meringankan bebanan rakyat ketika situasi getir dan mencabar ini.

Penyanyi, pelakon dan anak saudara kepada penyanyi rock terkenal, Ella iaitu Kaka Azraff memberi sokongan moral kepada peminatnya di laman Twitter berhubung situasi Covid-19.

“Ingat! bila rasa hidup tu susah, ada orang yang hidup dia lagi susah dari kita. Done bebel. Stay safe okay, duduk rumah, buat benda berfaedah, jangan forward fake news. Terima kasih dan selamat berjuang frontliners dan ketua rumah,” tulisnya.

Penyanyi lagu Sibuk itu berpesan, jika terasa hidup sedang susah beringatlah bahawa ada individu lain yang diuji dengan kehidupan yang lebih susah berbanding kita.

Selain itu, Kaka menasihati agar masyarakat kekal mematuhi arahan kerajaan dengan duduk di dalam rumah dan menjaga keselamatan diri.

Ibu beranak satu itu turut mencadangkan masyarakat menggunakan masa yang ada dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga.

Di akhir status yang ditulis, Kaka menggesa agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu selain berterima kasih kepada semua barisan hadapan atau frontliners yang bekerja keras memerangi wabak Covid-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement