Connect with us

Hiburan

5 Perkara Menarik Tentang Lagu Raya Yang Ramai Tak Tahu

Baru tahu no.1 tu bukan lagu raya sebenarnya…

Published

on

15 hari sebelum beraya, mesti banyak lagu-lagu raya dimainkan di corong-corong radio. Tak kira lah sama ada lagu-lagu lama atau lagu baru.

Namun, disebalik keindahan lagu tersebut tahukah anda, ada perkara menarik disebaliknya? Koo FM bawakan 5 perkara tersebut yang kami pasti ramai daripada anda tidak mengetahuinya.

1. Lagu Balik Kampung Asalnya Bukan Lagu Raya

Lagu raya “Balik Kampung” oleh Allahyarham Sudirman sebenarnya bukanlah dirakam untuk lagu raya kerana menurut kajian, setiap lagu penyanyi ini mempunyai temanya tersendiri. Balik kampung pula ditujukan untuk para siswazah yang teruja pulang ke kampung dan lagu tersebut juga diangkat sebagai lagu raya kerana harmoninya mampu menceriakan suasana pulang beraya.

 

2. Lagu Ini Adalah Lagu Raya Pertama Di Malaysia

Diterbitkan pada tahun 1936, lagu berjudul ‘Selamat Hari Raya’ dinyanyikan oleh, Allahyarmah Aminah Nani, seorang penyanyi bangsawan yang juga dikenali sebagai Miss Aminah dikatakan adalah lagu hari raya pertama yang pernah dirakamkan di rantau ini.

 

3. Lagu Selamat Hari Raya Sebenarnya Bertujuan Untuk Mogok

Lagu Ahmad Jais ini sebenarnya telah dicipta oleh  Allahyarham P. Ramlee dan Jamil Sulong pada tahun 1957 untuk menyokong perjuangan pekerja-pekerja filem yang mogok pada Hari Raya tahun itu. Pada bulan Mac dan April 1957, pekerja-pekerja studio filem MFP (Malay Film Productions) milik Shaw Brothers telah melancarkan mogok untuk menuntut gaji yang lebih berpatutan. Mogok mereka telah berlarutan sehingga Hari Raya yang jatuh pada 1 Mei 1957.

Salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh PERSAMA ialah menganjurkan konsert amal untuk mengutip dana bagi membantu perjuangan pekerja-pekerja yang sedang mogok. Sempena Hari Raya tahun itu, P. Ramlee dan Jamil Sulong telah menggubah sebuah lagu Raya baru untuk dinyanyikan semasa konsert amal tersebut dan hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk menulis lirik lagu itu!

 

4. Lagu Suasana Hari Raya Adalah Dendangan Anuar Zain Dan Ellina Razak

Siapa sangka lagu ‘Suasana Hari Raya’ yang dirakamkan lebih 30 tahun lalu oleh Anuar Zain dan pasangan duetnya ketika itu, Ellina Razak yang juga kakak kepada Elliza Razak masih terus kekal relevan. Biarpun lagu itu sudah berusia lebih 30 tahun, namun, kesannya masih dirasai sehingga ke hari ini dan muziknya terus diputarkan di corong radio.

 

5. 10 Lagu Raya Yang Tidak Akan Jemu Mendengar

Walaupun lagu-lagu raya ini sudah lama namun generasi baharu juga lebih menggemari karya-karya klasik. Ini adalah 10 lagu raya klasik terbaik sepanjang zaman!

1) Dendang Perantau
Penyanyi: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Ciptaan: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Tahun: awal 1960-an

2) Selamat Hari Raya
Penyanyi: Allahyarham Puan Sri Saloma
Ciptaan: Ahmad Jaafar
Tahun: 1955

3) Aidilfitri
Penyanyi: Sanisah Huri
Ciptaan: Zubir Said / Yusnor Ef.
Tahun: akhir 1960-an

4) Selamat Hari Raya
Penyanyi: Fazidah Joned
Ciptaan: Kassim Masdor / Datuk Jins Shamsuddin
Tahun: akhir 1960-an

5) Seloka Hari Raya
Penyanyi: Uji Rashid dan Hail Amir
Ciptaan: Datuk Dr Ahmad Nawab
Tahun: 1976

6) Dari Jauh Ku Mohon Maaf
Penyanyi: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
Ciptaan: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
Tahun: 1981

7) Suasana Di Hari Raya
Penyanyi: Anuar Zain & Ellina
Ciptaan: Datuk Adnan Abu Hassan / Habsah Hassan.
Tahun: 1985

8) Suasana Hari Raya
Penyanyi: Allahyarham Sharifah Aini
Ciptaan: Datuk Dr. Ahmad Nawab / Allahyarham Sharifah Aini
Tahun: 1977

9) Satu Hari Di Hari Raya
Penyanyi: Datuk M. Nasir
Ciptaan: Datuk M. Nasir
Tahun: versi asal 1982

10) Pulanglah – Aishah
Ciptaan: Adam Ahmad
Tahun: 1996

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement