Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

5 pantang larang yang korang kena elak di Tahun Baru Cina

Published

on


GONG XI FA CAI! Haaa! Hello gadis-gadis trendy semua! Sempena Tahun Baru Cina ni, sis pasti korang mesti dapat banyak jemputan rumah terbuka daripada kawan-kawan korang yang berbangsa Cina tu kan?

Ha korang tahu tak perayaan Tahun Baru China ini merupakan antara perayaan yang paling meriah di dunia? Dan bermacam-macam adat yang disambut semula!

Antara adat yang biasa kita dengar adalah Yee Sang atau Lou Sang, Cap Goh Mei, Ang Pau dan yang paling famous, rumah terbuka!

Jangan sebut beberapa perkataan ni

Kalau korang dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka, perkara pertama yang korang kena buat adalah berhati-hati dengan perkataan korang sendiri. Adalah dilarang menyebut perkataan yang negatif seperti kematian, mati, membunuh, hantu, sakit, hilang, dan miskin.

via GIPHY

Pecah

Pecah yang sis maksudkan adalah pecah barangan kaca atau cermin. Jadi kalau korang berada di majlis tersebut pastikan korang berhati-hati dengan tidak memecahkan sebarang mangkuk, pinggan, gelas, pasu atau cermin.

Kalau tidak sengaja, serpihan kaca itu akan dikutip dan dibalut dengan kain berwarna merah dan dibuang pada hari ke 5 dalam Tahun Baru Cina. Lagi satu kepercayaan yang di amalkan adalah mereka akan menyebut “Sui Sui Ping Ang” yang bererti, selamat pada setiap tahun.

via GIPHY

Menangis

Pantang larang ini dikaitkan dengan kanak-kanak kerana mereka percaya kalau kanak-kanak menangis ia akan membawa nasib malang kepada seluruh keluarga. Oleh sebab itu, korang mana yang berkeluarga atau ada anak atau adik kecil tu jangan bagi budak-budak tu badmood okay!

via GIPHY

Memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih

Yang ini sis rasa antara yang paling popular la apabila korang hadir majlis terbuka tu, korang janganlah datang pulak dengan memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih. Kebiasaannya pada kaum cina, ini melambangkan kemiskinan dan nasib malang, oleh sebab itu, mesti dielakkan!

via GIPHY

Dilarang bergaduh

Pantang larang yang ini sebenarnya kita wajib amalkan la bukan sahaja jatuh pada kepercayaan mereka. Jangan pulak korang bergaduh di tengah majlis itu! Kena ingat ini hari yang sepatutnya penuh gembira pada mereka, jadi kita pun apa salahnya tumpang gembira!

via GIPHY

 

Sumber:TravelChinaGuide

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement