Home > #CeriteraKool > 5 Panduan Untuk Anda Yang Pertama Kali Nak Mengundi Di Pilihan Raya

5 Panduan Untuk Anda Yang Pertama Kali Nak Mengundi Di Pilihan Raya

Ada yang tak sabar, ada yang takut nak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti kan? Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia akan diadakan sebelum 14 Julai ini atau mungkin lebih awal agar semua proses berjalan dengan lancar. Banyak juga andaian yang mengatakan ia akan diadakan pada bulan April atau Mei. Kalau macam tu, memang tak lama lagi! Ada yang dah bersedia?

Apa-apa pun, pastikan anda dah bersedia dari segi mental, fizikal dan keputusan yang tetap sebelum membuang undi ok. Untuk yang pertama kali membuang undi, mesti rasa sakit perut macam nak ambil exam kan? Jom tengok sikit apa yang boleh kita prepare:

  1. Pastikan anda dah daftar mengundi dan semak tempat mengundi.

Sebelum mengundi, pastikan nama dan no kad pengenalan anda dah daftar di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Anda boleh semak di laman web SPR sama anda layak membuang undi atau tak. Masukkan no kad pengenalan dan Aksara Captcha yang tertera.

Nampaklah nama dengan no kad pengenalan anda, lokaliti, daerah mengundi, DUN, parlimen dan negeri. Haa, kan dah tak pening-pening fikir nak mengundi kat mana!

 

2. Pada hari Pilihan Raya, jangan lupa 3 perkara ni

Related image

Bila tiba hari Pilihan Raya, bersiap sedialah. Jangan bangun lambat, sarapan siap-siap kat rumah supaya perut terisi sebab ramai yang nak mengundi nanti. Mesti beratur panjang punya! Paling-paling pun sejam dua kena ada kat tempat mengundi tu. Haa, lagi satu jangan lupa 3 perkara ni:

  • Bawa MyKad.
  • Keluar awal. Masa mengundi adalah dari 8 pagi hingga 5 petang
  • Pakai pakaian yang sopan

3. Teliti 7 langkah pengundian ni

Ada 7 langkah pengundian yang anda wajib tahu. Ini akan membuatkan proses mengundi berjalan lancar. Jangan sesekali tersilap atau terlepas langkah ok.

4. Kad pengenalan hilang pulak, macam mana nak buat?

Image result for kad pengenalan hilang

Ha yang ni selalu kan? Masa nak undi, masa tu la hilang. Cepat-cepat report kehilangan kad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bawa kad pengenalan baru atau sementara semasa mengundi.

Kalau kad pengenalan hilang dan tak sempat nak buat yang baru, boleh bawak Pasport Malaysia, lesen memandu bergambar atau kad rasmi pengenalan diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar anda.

5. Denda Untuk Majikan Yang Tak Beri Pelepasan Untuk Buang Undi

Ketahuilah majikan boleh dikenakan tindakan denda RM5,000 dan penjara setahun sekiranya tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply